This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, December 31, 2016

Buku Pengurusan PKG

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa.
Syukur kehadrat ALLAH S.W.T. kerana di atas keizinanNya, Buku Panduan Pengoperasian Pusat Kegiatan Guru Malaysia dapat dihasilkan dengan jayanya.
Matlamat penubuhan Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan melalui keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah yang dilaksanakan oleh guru. Selaras dengan peranan teknologi dalam pendidikan dan hasrat serta objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (PPPM) 2013 – 2025, peranan PKG perlu dimantapkan.
PKG masa kini berperanan sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan khususnya dalam penyebaran dan perkembangan inovasi untuk merealisasikan teknologi sebagai pengupaya PdP abad ke-21. Dalam melaksanakan peranan tersebut, PKG memberi perkhidmatan khidmat bantu serta kepakaran berkaitan inisiatif-inisiatif ICT yang dilaksanakan di sekolah untuk meningkatkan kualiti PdP. Buku Panduan Pengoperasian PKG ini disediakan khusus untuk semua warga Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan cawangan, ianya menjelaskan peranan PKG, pengoperasian perkhidmatan PKG serta peranan Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) PKG. Oleh itu saya yakin sekiranya setiap warga BTP dan sekolah malah seluruh warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memahami dan menghayati buku panduan ini, In Sya Allah PKG mampu menjadi Pusat Kecemerlangan Teknologi Pendidikan yang diiktiraf bukan sahaja di peringkat KPM malah di peringkat antarabangsa. Panduan ini memerlukan sokongan padu dan penghayatan yang jitu semua pihak untuk memastikan inisiatif ICT KPM dan Pembestarian Sekolah memenuhi objektifnya.
Akhir kata saya merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada pasukan kerja penyediaan buku panduan ini serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan buku panduan ini. Saya sentiasa berdoa agar usaha murni tuan-tuan dan puan-puan akan terus dirahmati dan saya yakin, keikhlasan serta pengorbanan seperti inilah yang dapat menggerakkan fikiran serta emosi masyarakat untuk memberi penghormatan dan penghargaan secara berterusan kepada warga pendidik di semua peringkat. Saya percaya dengan segala usaha dan komitmen kita bersama mampu merealisasikan hasrat untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.
Pengarah,
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia